Wednesday, 26 November 2014

Harian Metro - MAHB dampingi pengguna medium sosial

Oleh : Oleh Nurul Huda Kosnon
 
Kuala Lumpur: Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) kini dalam perancangan strategik meningkatkan hubungan mesra pelanggan menerusi medium sosial termasuk Twitter.
 
Pengurus Besar Komunikasi Korporat Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB), Nik Anis Nik Zakaria, berkata MAHB menerusi laman Twitter misalnya kerap menghantar ucapan selamat kepada penumpang sebagai sebahagian usaha menjadi lebih mesra terhadap mereka.
 
"Misalnya ucapan 'Good evening! Have a safe journey to those travelling tonight'," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurutnya, menerusi medium itu juga MAHB dapat menyebarkan maklumat dan menerima maklum balas pelanggan dengan setiap perkhidmatan yang ditawarkan.
 
FotoSATU daripada tweet yang dihantar MAHB.

 
 

 
 
 
"Setiap maklumbalas itu adalah panduan untuk pihak kami memperbaiki perkhidmatan dan memastikan pelanggan menikmati sepenuhnya penerbangan.

"Sesebuah lapangan terbang itu mesti mesra pengguna, selamat untuk penumpang dan mesti mempunyai keselamatan yang baik bagi memastikan keselamatan dan mengelak daripada insiden tidak diingini.
 

"Menerusi laman sosial ini, informasi terkini dapat disebarkan selain dapat berkongsi sebarang maklumbalas daripada mereka," katanya.

Ketika ditanya adakah ucapan selamat yang dihantar kepada pelanggan ada kaitan dengan insiden membabitkan pesawat MH370 dan MH17, Nik Anis memaklumkan ia sekadar ucapan bertujuan mewujudkan hubungan lebih mesra selain pelanggan diharap dapat menikmati penerbangan yang disediakan pihaknya.

- See more at: Harian Metro - MAHB dampingi pengguna medium social

-End-


No comments:

Post a Comment